Keluarga Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Raja Nong Chik dilahirkan di Kuala Kangsar , Perak pada 14 Februari 1953 dan berasal dari kerabat diraja Perak.

Datuk beliau, Dato’ Dr Mustapha Albakri Hassan ialah pengerusi pertama Suruhanjaya Pilihan Raya dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Bapa beliau Raja Dato’ Zainal Abidin Raja Tachik juga seorang penjawat awam dan terakhir bertugas sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak.


Raja Nong Chik berkahwin dengan Datin Raja Nafesah Raja Nong Chik dan dikurniakan dua cahayamata, Raja Farhana (25) dan Raja Hamzah (21).